• PROFAIL SEKOLAH

    » Sejarah SKSJ
    » Objektif SKSJ
    » Visi & Misi SKSJ
    » Logo & Lencana SKSJ
    » Sejarah SKSJ
    » Bendera SKSJ
    » Lagu SKSJ

  • PENJAGA & PELAJAR

    » Takwim Penggal Persekolahan
    » Takwim Peperiksaan & Pentaksiran
    » Semakan Keputusan Peperiksaan
    » Bantuan Awal Persekolahan
    » Skim Perlindungan Murid
    » Permohonan Ke Tingkatan 1 SBP
    » Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni
    » Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM

  • PENTADBIRAN & GURU

    » Guru Besar
    » Hal Ehwal Murid (HEM)
    » Kurikulum
    » Kokurikulum
    » Panitia Sekolah
    » Bimbingan & Kaunseling
    » Persatuan Ibu, Bapa & Guru (PIBG)
    » Hebahan Terkini JPNNS (e-Hebahan)

  • Aktiviti Warga SKSJ

    KEJOHANAN AKUATIK MSS NEGERI SEMBILAN TAHUN 2018

    Februari 11, 2018
    KEJOHANAN AKUATIK  MSS NEGERI SEMBILAN  TAHUN 2018

    Assalamualaikum
    Salam SERJAYA
    Salam Sejahtera.

    Tarikh : 7-9  Februari 2018

    Tempat : Pusat Akuatik Negeri, Paroi

    Masa : 8.00 pagi

    Penyertaan : 5 murid lelaki dan 4 murid perempuan

    Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya telah menyertai Kejohanan Akuatik MSSNS Tahun 2018 yang telah berlangsung di Pusat Akuatik Negeri, Paroi. SKSJ telah menghantar 5 murid lelaki dan 4 murid perempuan dalam kejohanan tersebut.

    Pasukan akuatik SKSJ telah menyertai acara 100 m gaya bebas, 50 m gaya bebas, 50 m gaya lentang, 100 m gaya dada, 50 m gaya dada, 50 m gaya bebas,dan 4x50 m gaya bebas bagi acara bawah 12 tahun. Manakala acara bagi bawah 11 tahun ialah 100m gaya bebas, 100m gaya dada, 50m gaya dada dan 50m gaya bebas. Acara bagi bawah 9 tahun pula, SKSJ telah menghantar wakil dalam acara 100m gaya dada, 50m gaya dada dan 50m gaya bebas.
    Pada tahun ini, pasukan akuatik SKSJ hanya di peringkat penyertaan sahaja.

    Semoga pasukan akuatik  SKSJ terus berusaha pada masa akan datang dan mendapat kecemerlangan dalam sukan tersebut. Amin.

    #BERUSAHATEKUNCEMERLANG
    #SERJAYANOMBOR1









    KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 MSSD SEREMBAN 2

    Februari 05, 2018
    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 TAHUN MSSD SEREMBAN 2 TAHUN 2018

    Tarikh : 5 Februari 2018

    Tempat : Centre Courts, Paroi

    Masa : 8.00 pagi

    Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun 2018 yang telah berlangsung di Centre Courts, Paroi. SKSJ telah menghantar 2 pasukan sepak takraw pada kejohanan tersebut.

    Satu pasukan hanya berjaya melalui peringkat kumpulan sahaja manakala satu  pasukan lagi telah mendapat tempat kedua dalam kumpulan. Namun begitu terkandas di peringkat pusingan kedua (kalah mati).
    Semoga pasukan sepak takraw SKSJ terus berusaha pada masa akan datang dan mendapat kecemerlangan dalam sukan tersebut. Amin.

    #BERUSAHATEKUNCEMERLANG
    #SERJAYANOMBOR1







    PROGRAM CURAHAN KASIH DAN PERJUMPAAN TIGA PENJURU TAHUN 6

    Februari 03, 2018
    PROGRAM CURAHAN KASIH DAN PERJUMPAAN TIGA PENJURU TAHUN 6

    Satu program iaitu Program Curahan Kasih dan Perjumpaan Tiga Penjuru Tahun 6 telah diadakan pada :

    Tarikh : 2 Februari 2018

    Masa : 8.00 pagi

    Tempat : Dewan SKSJ

    Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan berbincang kekuatan dan kelemahan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini bersama ibu bapa atau penjaga masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir.

    Semoga kecemerlangan milik murid murid SKSJ. Amin.

    #BERUSAHATEKUNCEMERLANG
    #SERJAYANOMBOR1

















    Ucapan Tuan Guru Besar

    Februari 02, 2018

    Assalamualaikum wbt
    Salam Satu Malaysia
    Salam SERJAYA
    Salam sejahtera.
      
    Saya mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurniaNya  dapat saya menulis sepatah dua kata untuk ruangan portal sekolah ini.

    Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah  kepada Unit ICT sekolah kerana telah berjaya membina portal secara interaktif untuk menjadi tempat warga sekolah, guru serta murid-murid berkomunikasi secara maya di samping memperkenalkan Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya ke seluruh dunia.

    Bertepatan dengan Anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Gelombang ke-2 ( 2016-2020) iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, SK Seremban Jaya menyahut cabaran dalam mendukung usaha membudayakan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) ini. Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya mengambil langkah membina portal untuk memberi informasi yang terkini di samping meneroka pembelajaran secara kolektif dalam mewujudkan pembelajaran abad ke 21.

    Akhir kalam, adalah diharapkan agar para pengunjung ke portal ini akan mendapat serba sedikit maklumat mengenai Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya. Semoga portal ini akan memberi manfaat dan dimanfaatkan oleh semua.


    Sekian dan terima kasih.

    En. Mohammad Fadill bin Mohd Tisan PJK
    Guru Besar
    SK Seremban Jaya.

    Bendera Sekolah

    Januari 03, 2014


    SEJARAH PENCIPTAAN

    Sekali lagi dalam penciptaan bendera sekolah Pn. Jamaliah bt Tahir selaku Guru Besar SKSJ telah menggunakan lencana sekolah sebagai tunggak bendera sekolah. 

    Memandangkan beliau mahu mesej yang ada pada lencana tersebut di fahami dan dihayati oleh semua warga sekolah. 

    Maka terhasillah bendera sekolah SK Seremban Jaya pada tahun 2004. 




    KETERANGAN MAKSUD, TEMA SERTA SIMBOL


    Warna kuning pada bendera melambangkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

    Lambang warna kuning juga membawa maksud warga Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya menyanjung dan menghormati ketua negeri yang memerintah. 

    (Maksud logo dalam bendera yang tertera adalah sama dengan lencana sekolah )

     

    #SERJAYA | BERUSAHA, TEKUN, CEMERLANG